Karya Agung

BiLa HaTi MuLa BerBiCaRa....

Tentang Rasa




Kadang ada sesuatu yang kita tak faham,
sesuatu yang hadir..
tentang apa yang kita rasa,
Atau mungkin kita sebenarnya faham
Cuma kita yang mengatakan tidak!,

Kadang kita biarkan ianya cepat berlalu,
Tapi sebenarnya merintih melambatkan waktu,
Kadang kita ketawa,
Tapi belum tentu dalam hati gembira,
Kadang kita nampak kuat, tabah..
Tapi belum tentu dalaman kita sekuat konkrit,

Mungkin ada orang boleh sorok,
Seperti tiada apa yang berlaku,
Tapi tidak semua orang,
Tak semua orang boleh berlakon,
Tak semua orang boleh bercerita,
Sebab tak semua orang akan mengerti....



*Khas untuk Mr. Red Light D.
From: IeyRa KieyRa

Penghujung



Bila tiba hari esok
Semuanya kembali seperti sedia kala
Sedang hati takut sesuatu
Sesuatu yang tidak pasti
Bila tiba masanya
Bila tiba waktunya


Dan melalui jalan panjang tiada berpenghujung
Melihat ke arah langit gelap..pekat
Diri berhenti seketika
Tak mampu lagi meneruskan........


By: IeyRa KieyRa


Sendiri



Sendiri,
Mengimbau kenangan 15tahun lalu,
yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata,
Hanya air mata..

Jauh di sudut hati,
Ada satu perasaan rindu,
Akan memori dahulu,
Walau impian mengusik hati
Tidak akan Nyata walau didalam mimpi........


By: IeyRa KieyRa
      (2.40am)











Gerimis Senja



Di sebalik warna indah pelangi,
Terselit jua gerimis yang jatuh di sisi,
Hadirnya cuma menyentuh memori,
Bak mawar hidup yang mati.
Tak kan sama walau diganti..

Hanya satu,
Aku pasti, 
Hanya satu itu yang aku nantikan,

Barangkali bukan masaku,
Ya, bukan untukku,
Cuma hati seperti sudah beku,
Untuk merungkai segala persoalan yang satu..

Sehebat Cintaku



Setenang laut di permukaan
 tetapi gelora di dalam
 itulah hatiku…

Seindah pelangi di awan
di balik mendung menyelubungi
 itulah jiwaku…

Sedamai daun-daun berterbangan
akhirnya layu gugur ke bumi
 itulah hidupku…

Seterang bintang di langit
setelah siang berlalu
 itulah kedamaianku…

Aku bukanlah seorang yg kuat
jika itu yg kau minta..
Namun aku bukanlah seorang yang lemah
seperti yg kau sangkakan…

Aku adalah aku…
Yang begitu punya perasaan
Mencintai dan Dicintai
Sehebat Cintaku pada Illahi
yg akhirnya akan sujud kembali kepadaNYA….





Untuk Terakhir Kali




Andainya kau tahu
Cintaku hanya untukmu
Siang dan malamku
Tiada lagi bermakna tanpamu

Kau istimewa dalam hidupku
Namun silapku menilaimu
Terkeliru dengan perasaan sendiri
Akhirnya terluka dengan sikapmu
Yang mula menjauhkan diri

Kata kau sayang padaku
Namun, hatimu kian jauh
Pergi meninggalkanku
Tanpa menjawab persoalanku

Akhirnya aku mengerti
Pemergianmu hanya kerana Si Dia
Yang Berjaya menakluki hatimu…
Akan ku pergi jauh
Meninggalkan segala memori lama
Dan untuk terakhir kali
 berbahagialah dirimu selamanya….





Sejuta Kasih



Dulu semasa kita bertemu
Dimatamu terbit rasa sejuta kasih
Rantaian memori sentiasa diingatan
Menjadi imbauan setiap  masa

Kini dirimu bahagia disampingnya
Sungguh ..aku gembira melihat dirimu begitu
Walaupun bukan aku disisimu
Semoga kau berbahagia selalu

Biarlah aku membawa diri
Mengubati lara jiwa yang terluka
Kerana kekuatanku telah kau ambil
Dan ia pergi buat selamanya…