Andainya kau tahu
Cintaku hanya untukmu
Siang dan malamku
Tiada lagi bermakna tanpamu
Kau istimewa dalam hidupku
Namun silapku menilaimu
Terkeliru dengan perasaan sendiri
Akhirnya terluka dengan sikapmu
Yang mula menjauhkan diri
Kata kau sayang padaku
Namun, hatimu kian jauh
Pergi meninggalkanku
Tanpa menjawab persoalanku
Akhirnya aku mengerti
Pemergianmu hanya kerana Si Dia
Yang Berjaya menakluki hatimu…
Akan ku pergi jauh
Meninggalkan segala memori lama
Dan untuk terakhir kali
berbahagialah dirimu selamanya….
0 comments:
Post a Comment