Karya Agung

BiLa HaTi MuLa BerBiCaRa....

Rasa hati...



Maafkan andainya diriku menganggu hidupmu..
Bukan ini yang ku pinta..
cuma hatiku yang memaksa..
untuk menyintai dirimu..
Mungkin
salah diriku..
yang belum cukup sempurna untukmu..
untuk bertakhta di sanubarimu..
apatah lagi disisimu..
Sungguh..kamu tak tahu rasa hatiku..
saat berhadapan denganmu..
kerana cintaku yang mendalam..
membuatkanku sering terluka..
dengan sikapmu....
Bahagiakah dirimu dengan begitu??
tahukah kamu betapa terseksanya aku..
tahukah kamu...betapa tingginya
rasa hatiku..
rasa cintaku..
rasa kasihku..
Kamu tak tahu..hancurnya hatiku..
saat melihat dirimu..
yang tak lagi seperti dulu..
Biarlah diriku berpura-pura gembira
sedangkan air mataku jatuh di dalam hati..
asalkan dirimu bahagia..
jika itu kehendakmu...
















Cinta Dan Hatiku....


Kini..baru aku sedar...
Bahawa kau bukan milikku..
Sekadar menjadi bayang hidupmu..
Yang tak bisa berdiri di sisimu..
Pedihnya hingga menusuk di kalbu...
Hingga tak mampu tuk aku bernafas walau sedetik pun...
Menangisi hatiku yang telah hilang bersamamu...
Jujur..aku terlalu rindukan dirimu..
Mengingatkan kenangan kita bersama..
Membuatkan hatiku pedih...
Hingga tak mampu tuk aku berhenti menangis walau sesaat pun...
Mana mungkin tuk aku melupakanmu..
Insan yang berjaya menakluki hatiku..
Yang membuatkan aku lupa siapa diriku...
Yang bukannya siapa-siapa bagimu..
Tidak adakah ruang di hatimu??
Tidak adakah rasa sayang padaku??
Tak ingatkah kau padaku??
Ingin sekali aku menjadi bayangmu..
Walaupun diriku bukannya letak di sisimu...
Namun.. itu hanya impian...
Yang tak mungkin tercapai...
Dan aku...
akan terus berada di sini...
Tanpa cinta dan hatiku yang telah pergi.......

Bukan Milikku....



Kau bukan milikku..dah ku tahu segalanya..
Namun hati ini dah terukir namamu..
Mana mungkin aku mampu hapuskan
Ukiran namamu di hatiku...
Pedihnya sekadar menjadi penyinta bisu...
Lebih pedih bila tahu kau milik seseorang..
Aku tak mampu lakukan apa-apa..
Hatimu tak mungkin dapat ku takluki...
Aku sedar hati aku milikmu..
Tapi hatimu miliknya...
Jangan hantui hidupku lagi dengan
Bayanganmu..Kerna hatiku luluh..
Jangan muncul dalam kotak ingatanku..
Walaupun hidupku bakal bergelap tanpa dirimu...
Tapi biarlah.....
Daripada aku terus berendam air mata..
Sesuatu yang bukan milikku..
Tak kan pernah menjadi milikku...
Selamanya....
Maafkanku..kerana terlalu menyayangi insan
sepertimu.......




Takdir Illahi



Bila sesuatu dah terjadi..
Buat kita terfikir dua kali..
Adakah ianya hadir sekadar ingin menyakiti..
atau ianya sekadar menguji hati??..
huh...ralat sungguh!!..
kerana ianya sukar ditafsiri..
Banyak komplikasi yang kita sendiri tak mudah nak memahami..

tak mudah nak menyelami..
dan tak mudah untuk mengerti..
kerana kita sendiri yang merasai..
Ya..sendiri merasai.....

Mungkin salah sendiri..
atau mungkin ia takdir yang telah ditentukan oleh Illahi..
Namun, sekuat manakah hati ini untuk diuji???
Yang kadangkala tak mampu pun untuk berdiri..
sesaat pun..sekali ia menghantui..
selamanya pedih terasa di hati.......



Ku MaHu Kau Tahu...






Ku mahu kau tahu,
Seluruh hatiku hanya untuk kamu,
Untuk kamu yang aku cintai,
Tapi mengapa kau pergi dariku..
Apakah masih kau ragui...
kebenaran cintaku...

Oh kasih,
Ku tahu kau juga menyayangiku,
Cuma aku tidak mengetahui..
Apa yang bermain difikiranmu..
Apa yang menyelubungi hatimu..
Membuatkan kau menjauhi diriku..

Tidakkah kau mengerti,
Aku di sini cuma hidup untuk kamu,
Tak mudah untuk aku melupakanmu,
walaupun beribu batu kau meninggalkanku..
Kan ku setia menunggu,
Dan terus menunggu.......

By: Ieyra Kieyra

(3.40 PM )

Tak Terungkap Oleh Perkataan, Tak Tergambar Oleh Perasaan...




Dari dunia ilusi,
Pertemuan yang tidak disengajakan,
Membawa kepada ikatan persahabatan,
Gelak tawa, suka duka menjadi peneman setiap hari...
Kasihku..
Adanya dirimu membuatkan hari-hariku begitu bermakna,
Hingga tak terungkap oleh perkataan,
Tak tergambar oleh perasaan,
Betapa beertinya hidupmu dalam hidupku...

Namun..
Kini, kau semakin jauh dariku,
Tanpa menoleh kebelakang sekalipun,
Meninggalkan aku dalam esak tangis,
Menangisi pemergianmu tanpa mengetahui sebabnya...

Kasihku..
Tiadanya dirimu membuatkan hari-hariku begitu menderita,
Hingga tak terungkap oleh perkataan,
Tak tergambar oleh perasaan,
Betapa sakitnya diriku tanpa dirimu...

By : Ieyra Kieyra

(12.37 PM)

AWAK...




Awak..
Hari ni awak nampak serabut,
semua orang kutuk,
Tapi ada gak hati yang puji,
Jadi you can always count on me..
Awak..
Hari ni awak kata pipi saya tembam,
Dan saya kata perut awak moncett,
Masing-masing pertahan diri,
Padahal mengelak daripada di buli..
Awak..
Hari ni awak mesej saya,
Tapi saya selalu tertidur dan tinggal awak sorang-sorang,
Padahal kalau boleh saya tak nak tidur langsung untuk mesej dgn awk..
Awak..
Hari ni saya keluar sampai dinihari,
Saya tau awak nak diuliti mimpi,
Tapi awak setia menanti kerna takut pape terjadi,
Padahal diri dah tak larat berjaga lagi..
Awak..
Hari ni kita dapat berjumpa buat pertama kali,
Tapi saya banyak berdiam diri,
Padahal dalam hati gembiranya tak terperi..
Awak..
Hari ni awak 'call ' saya,
Tapi saya buat-buat biasa,
Padahal dalam hati teruja sangat sampai tak tahu nak cakap apa...
Awak..
Hari ni awak dtg tgk saya di 'airport',
Tapi saya buat-buat tak sedih,
Padahal nak elak daripada tak boleh berhenti menangis..
Awak..
Hari ni saya tegur awak,
Tapi saya tegur awak dalam hati,
Jadi, awk tak pernah dgr 'all the good lucks' n take care' hari-hari...
Awak..
Hari ni awk merajuk,
Tapi saya tak pandai nak pujuk,
Padahal nak je saya peluk..
Awak..
Hari ni awk sakit,
Tapi saya tak berada di sisi kerana jarak menghalangi,
Padahal nak saja saya menjaga awk setiap hari..
Awak..
Hari ni saya cari merata botol 'coke' yang awk minati,
Tapi botol tu berbeza daripada apa yang dikehendaki,
Jadi saya berusaha mencari lagi sampai ke hari ini..
Awak..
Hari ni awk ada masalah,
Awk jauhkan diri dari saya,
Jadi awk suruh sy jadi seorang yg kuat,
Agar sy brhnti drpd menangis,
Dan sy kata sy tak kan menangis lg,
Padahal airmata tetap mengalir kembali..
Awak..
Hari ni awk kata jgn tunggu awk lg,
Badan saya menggigil dengan sendiri,
Tapi saya kuatkan diri,
Padahal diri dah pucat lesi..
Awak..
Hari ni saya menangis lagi,
Sebab tak tahan rindu mencengkam di hati,
Saya buat kerja tak berhenti-henti,
Agar fikiran tak menganggu kembali,
Padahal diri dah lemah tak berdaya lagi..

Awak..
Hari ni saya mcm tau kenapa awk menjauhkan diri,
Tp sy tak pasti,
Jadi sy tak nak fikir lagi,
Kerana takut akan menangis lagi...

Awak...
Hari ni sy nmpk awk dari...
Tapi awk tak mcm dulu lg,
Jadi sy terdiam sendiri...


Awak..
Hari ni saya buat-buat 'happy',
Tapi dah tiada harapan di sini,
Nak tak nak sy terpakse sendiri..


Awak..
Esok antara kita ada 'balai berlepas',
Esok..tiada esok untuk saya,
Esok juga tiada esok untuk awk..


Awak..
Semoga suatu hari nanti awk kembali,
Kerana saya ttp akan menanti,
Walaupun mungkin dah tiada harapan lagi..


Awak..
Hari ni saya sendiri menghasilkan nukilan ini,
Bukan untuk meminta simpati,
Tapi untuk kenangan sendiri,
Dan saya tau awk akan baca luahan ini,
Walaupun saya taw awk tak kan munculkan diri..


Awak..
Pesanan saya di sini,
Agar awk sentiasa bahagia di sisi 'family',
Dan tak kan lupekan saya hingga ke akhir nanti..


Awak..
Sebelum pergi..hari ni..kat sini..
Saya janji..semua ni untuk awk..
Sebab..kenal awk adalah anugerah terindah pernah saya miliki..
Terima kasih awk......

By: Ieyra Kieyra
(3.17 am)

p/s : Nukilan nie adalah 1st nukilan untuk dia..smuenya pasal memory kami..

My World is your world..:)


Ya..My world is your world..:)..why i say like that..b'coz pengalaman and kehidupan i yg byk beri i ilham utk buat nukilan for diz blog..i akan masukkan segala nukilan yg i cipta untuk di kongsi bersama u all n kebanyakan nukilan yg i cipta jg brkenaan ngan my life..oke..ehee~:)
Setiap nukilan yg i buat sendiri..i akan letakkan..date n time..n i juga akan masukkan nukilan2 yg i rase unik dari org laen..dan nukilan tersebut i akan letakkan name penulis tersebut agar tiada sebarang salah faham yg berlaku..:)