Karya Agung

BiLa HaTi MuLa BerBiCaRa....

Sehebat Cintaku



Setenang laut di permukaan
 tetapi gelora di dalam
 itulah hatiku…

Seindah pelangi di awan
di balik mendung menyelubungi
 itulah jiwaku…

Sedamai daun-daun berterbangan
akhirnya layu gugur ke bumi
 itulah hidupku…

Seterang bintang di langit
setelah siang berlalu
 itulah kedamaianku…

Aku bukanlah seorang yg kuat
jika itu yg kau minta..
Namun aku bukanlah seorang yang lemah
seperti yg kau sangkakan…

Aku adalah aku…
Yang begitu punya perasaan
Mencintai dan Dicintai
Sehebat Cintaku pada Illahi
yg akhirnya akan sujud kembali kepadaNYA….





Untuk Terakhir Kali




Andainya kau tahu
Cintaku hanya untukmu
Siang dan malamku
Tiada lagi bermakna tanpamu

Kau istimewa dalam hidupku
Namun silapku menilaimu
Terkeliru dengan perasaan sendiri
Akhirnya terluka dengan sikapmu
Yang mula menjauhkan diri

Kata kau sayang padaku
Namun, hatimu kian jauh
Pergi meninggalkanku
Tanpa menjawab persoalanku

Akhirnya aku mengerti
Pemergianmu hanya kerana Si Dia
Yang Berjaya menakluki hatimu…
Akan ku pergi jauh
Meninggalkan segala memori lama
Dan untuk terakhir kali
 berbahagialah dirimu selamanya….





Sejuta Kasih



Dulu semasa kita bertemu
Dimatamu terbit rasa sejuta kasih
Rantaian memori sentiasa diingatan
Menjadi imbauan setiap  masa

Kini dirimu bahagia disampingnya
Sungguh ..aku gembira melihat dirimu begitu
Walaupun bukan aku disisimu
Semoga kau berbahagia selalu

Biarlah aku membawa diri
Mengubati lara jiwa yang terluka
Kerana kekuatanku telah kau ambil
Dan ia pergi buat selamanya…





Getar Jiwa




Pertemuan yang tak terduga
Lirikan mata,senyuman manja
Cukup menggetarkan jiwa
Sungguh kita berdua bahagia

Kau dan aku berjalan menyusuri pantai
Di bawah kilauan bintang gemerlapan
Di saksikan laut yang bergelora
Membibitkan rasa cinta di hati

Kekalkanlah cintamu itu
Hanya untuk aku
Kerana cintaku yang satu
Maka selamanya hati ini milikmu